Warisan-Boria...Omara. Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label Festival Boria. Show all posts
Showing posts with label Festival Boria. Show all posts

Petikan Akhbar: Harian Metro 27/04/2011 - Memeriahkan boria

SEBUT saja boria, pasti ramai terbayangkan Pulau Pinang. Justeru, Kementerian Penera�ngan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan Malaysia tampil menganjurkan Festival Boria 1Malaysia yang dikelolakan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli, berkata teras pengisian festival boria berkenaan bertujuan mengeratkan perpaduan kaum yang sedia terjalin agar bertambah kukuh.
“Ini sejajar misi negara bagi menyatukan kaum melalui budaya dan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Mengimbas sejarah kedatangan boria, Norliza berkata, ia dikatakan berasal daripada cabang kesenian Parsi dan dibawa ke rantau ini oleh pedagang berketurunan India.


“Secara umumnya, persembahan boria dibahagikan kepada dua iaitu pementasan pada hari-hari biasa yang dikenali sebagai kuli-kalin. Ia diadakan khusus pada lima hari pertama bulan Muharam dalam kalendar Islam.


“Persembahan itu biasanya diadakan pada waktu tengah hari hingga sekitar jam empat petang.

“Persembahan kedua pula diadakan khusus pada majlis tertentu. Setiap pelakon, penyanyi dan penarinya akan memakai topeng, mewarna wajah dengan pelbagai gaya.
“Pakaian dan corak hias wajah itu dipengaruhi oleh imej tradisi Parsi. Ia juga menyelitkan elemen lucu.

“Pendekatan ini bertujuan menarik serta menghiburkan penonton.

“Dari segi struktur persembahan, boria ada dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian.

“Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang.

“Rangkap karangan boria pada hujung suku katanya mestilah sama pada setiap rangkap dengan jalan cerita sketsa yang dipersembahkan. ‘Sailor’ sekitar enam orang di belakang tukang karang pula akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi.

“Boria kemudian terus diminati masyarakat bukan saja di Pulau Pinang, tetapi disebar luas terutama ke negeri di utara semenanjung.

“Namun, kesenian ini terus memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak agar ia terus kekal sebagai warisan untuk generasi seterusnya.

“Atas tanggungjawab itulah festival boria ini bertemakan 1Malaysia,” jelasnya.

Acara utama adalah pertandingan boria yang terbahagi kepada kategori kanak-kanak (7-12 tahun), remaja (13-20 tahun) dan terbuka bagi dua daerah iaitu Bahagian Pulau dan Seberang Perai.

Selepas beberapa saringan yang diadakan pada awal Mac, pertandingan akhir akan diadakan di padang Kampung Seronok, Pulau Pinang pada dua sesi iaitu jam 9 pagi-6 petang untuk saringan dan 8.45 malam-11 malam untuk final mengikut kategori iaitu kanak-kanak pada hari ini (27 April), remaja (28 April) dan terbuka (29 April).

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah yang berbeza nilainya iaitu johan kategori kanak-kanak (RM3,000, trofi & sijil), remaja (RM3,500, trofi & sijil) dan terbuka (RM5,000, trofi & sijil).

Naib johan kategori Kanak-Kanak akan menerima RM2,000 serta trofi & sijil, remaja (RM2,500, trofi & sijil) dan terbuka (3,500, trofi & sijil).

Tempat ketiga kategori kanak-kanak menerima RM1,000 berserta trofi & sijil, remaja (RM1,500, trofi & sijil) dan terbuka (RM2,500, trofi & sijil).

Selain pertandingan, pelbagai acara sampingan serta pameran membabitkan jabatan dan agensi kerajaan juga akan diadakan.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah untuk Festival Boria 1Malaysia akan dilakukan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada 30 April ini, jam 8.45 malam.

Bagi menghiburkan penonton, artis terkenal turut diundang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keratan Akhbar Bernama: Festival Boria 1Malaysia Disertai 1,000 Peserta Pelbagai Kaum

GEORGE TOWN, 21 Mac (Bernama) -- Festival Boria 1Malaysia yang akan diadakan pada 28 April hingga 1 Mei ini akan disertai 1,000 peserta daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli berkata kesemua peserta melibatkan 58 kumpulan yang telah mendaftar bagi tiga kategori iaitu kanak-kanak, remaja dan terbuka.

"Festival yang diadakan di Kampung Seronok, Bayan Lepas itu adalah anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan ia bertujuan untuk menghidupkan kembali kebudayaan masyarakat Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Katanya sempena festival itu juga, 2,500 penggiat boria akan mencatat rekod Malaysia Book Of Records untuk persembahan boria yang dianggotai peserta paling ramai di dunia.

Pertandingan boria itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih RM28,000 bagi pelbagai kategori termasuk hadiah untuk sketsa terbaik dan kostum terbaik.

Hadiah akan disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular di Pulau Pinang dan bertapak sejak abad ke-19 mempunyai pengisian dua segmen iaitu sketsa yang mengandungi mesej nasihat dan berunsur humor serta segmen nyanyian dan tarian.


Bernama--

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pastikan Boria Hari Ini Mengikut Boria Tradisi




Pastikan persembahan boria moden mengikut Boria Tradisi. 


1. Boria ada sketsa/cerita/lakonan boria... kalau lain daripada itu bukanlah boria.

2. Boria ada tukang karang.... pegang tongkat penunjuk/baton sambil menyampaikan rangkap karangan boria....kalau lain daripada itu bukanlah boria.

3. Boria ada rangkap karangan, susunan sukukata atau rima hujungnya sama setiap 
rangkap.... kalau lain daripada itu bukanlah boria.

4. Tukang karang boria menyampaikan karangan dengan suara lantang, jelas mengikut irama lagu.... kalau menyanyi itu tak boleh dipanggil tukang karang boria... itu kita panggil penyanyi.

5. Boria ada sailor/kelasi di belakang tukang karang sambil bergerak mengikut step 
boria... kalau menari tu dipanggil penarilah atau tarian... bukannya boria.

6. Boria ada lagu masuk dan lagu keluar dan lagu persembahan.... kalau yang lain tu kita panggil lagu sajalah.

7. Sailor/kelasi mengulangi rangkap karangan yang disampaikan oleh tukang karang (biasanya dipermulaan dan akhir. Boleh juga yang lain.... tapi kalau sailor/kelasi tak 
menyanyi itu bukan borialah....

8. Boria tu borialah.... tidak menyamai seni yang lain.

Untuk memartabatkan kesenian warisan boria, pastikan peraturan boria sentiasa dipatuhi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Boria Penyeri Sambutan Bandaraya George Town ke 54






MAJLIS SAMBUTAN BANDARAYA GEORGE TOWN KE-54
PADA 01 JANUARI 2011 BERTEMPAT DI PADANG KOTA LAMA, PULAU PINANG



Majlis sambutan Bandaraya George Town ke-54 diraikan sempena ulangtahun taraf Bandaraya yang telah dianugerahkan kepada Perbandaran George Town melalui Royal Charter oleh Ratu Elizabeth II pada 1hb Januari 1957. Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, Y.B Dato Abdul Halim bin Hussain Speaker, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Y.B. Dato Mansor bin Othman, Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang; Y.B. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy, Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang dan lain-lain lagi.

An approximate of 30 groups are presented in the City Day Parade which consisted of the local communities participating in the “moving performance” at the Esplanade, such as the main highlight of Dondang Sayang, army band, Boria and Ghazal Parti, Chinese, Indian and Punjabi Cultural Show, school band, 1111 cyclist and many more. Dato’ Mahadzir Lokman was invited as the emcee of the City Day Parade.

Antara yang turut terlibat dalam perarakan ini ialah Kumpulan Boria Omara bersama-sama dengan Kumpulan Boria Warisan Jemari dan juga Boria Pulau Pinang. Terima kasih kerana seni warisan boria tidak dilupakan dalam acara yang gilang gemilang ini. Tukang karang oleh Maulud Idola Kecil 2, Lagu - Zulkipli Omar dan rangkap karangan oleh - Omar Hashim Omara. Kumpulan boria dibawah pimpinan Omar Hashim Omara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Boria 1Malaysia Di Pulau Pinang

Pertandingan Boria 1Malaysia Di Pulau Pinang 28 April Hingga 1 Mei

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan menganjurkan Festival Boria 1Malaysia dari 28 April hingga 1 Mei ini di Kampung Seronok, Bayan lepas.

Terdapat tiga kategori yang akan dipertandingkan iaitu kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun, remaja (13 hingga 20 tahun) dan terbuka (16 tahun ke atas).

Bagi kategori kanak-kanak, hadiah bagi johan kumpulan ialah wang tunai RM3,000, naib johan RM2,000, tempat ketiga RM1,000, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik (RM500).

Bagi kategori remaja, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM3,500, naib johan RM2,500, tempat ketiga RM1,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500 manakala bagi kategori terbuka pula, johan kumpulan akan menerima wang tunai RM5,000, naib johan RM3,500, tempat ketiga RM2,500, kumpulan sketsa terbaik RM500, tukang karang terbaik RM300, susunan rangkap karangan terbaik RM400 dan kostum terbaik RM500.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS