Pagi tadi (25 Februari 2009) saya mendapat panggilan telefon dari Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang Cik Mariam Sulaiman memberitahu berita baik - Boria telah dipilih sebagai Warisan Kesenian dan Kebudayaan 2009. Selepas itu saya mendapat panggilan telefon pula dari Pengarah Bahagian Jabatan Warisan Negara Malaysia Encik Siri Neng Buah memaklumkan perkara yang sama.
Alhamdullilah! Boria telah dimartabatkan. Semoga para tokoh, penggiat dan rakan-rakan boria sekelian sama-sama turut gembira. Semoga akan hidup kembali kumpulan-kumpulan boria yang telah lama sepi terutamaya di Pulau Mutiara. Kita gerakkan kembali bersama-sama!
Kesenian dan Kebudayaan 2009:-
1. Boria
2. Tarian Zapin
3. Gamelan
4. Tarian Bhangra - Kaum Sikh
5. Tarian Bharata Natyam - Kaum India
6. Gendang Dua Puluh Empat Perayaan (Gendang Cina)
7. Dikir Barat
8. Pantun Melayu
9. Syair
10. Karya Pendeta Za'aba
11. Tulisan Jawi
12. Hikayat Munshi Abdullah
13. Wau Malaysia
14. Congkak
15. Gasing
16. Hikayat Malim Deman
17. Hikayat Merong Mahawangsa
0 comments:
Post a Comment